Entry kali ni masih lagi berkisar mengenai aktiviti jalan2 aku.. Nak buat mcm mane, tu je yg ad selain daripada jemputan kenduri kawen classmate ak yg ramai.. Dan juga yg menyambut kehadiran ahli keluarga baru..
FYI, dalam batch kite masuk 2006 tu, kos BKB la yg plg ramai dh berkahwin..
Tertanya- tanya jugak ak, kenapakah?? biotech?? tettttt...
Ok, kali ni ak nk cerita pasal travel ak ke gunung jerai.. Gunung no terletak di Negeri Kedah, di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Dengan ketinggian 2107m dr aras laut, gunung ni pernah menjadi panduan oleh pedagan ke negeri Kedah suatu masa dulu.. Banyak mitos berkaitan gunung ni. Antaranya mengenai Raja Bersiong yg membuka penempatan di kaki gunung ni.. Ada jugak mitos pasal sebuah kapal batu yg asal nyer milik Maharaja Merongmahawangsa yg disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai.. Eh terus teringt movie merongmahawangsa dan stephen rahman.. hahaha..
Itu la latar belakang gunung ni.. Untuk sampai ke sini, jalan paling senang adalah dgn menggunakn highway PLUS la.. Exit 'Gurun'.. then x jauh pn dr exit tu untk ke sana.. gunung ni pn dekat je dgn pekan di kaki gunung nyer. x perlu la nk meredah hutan segal baru sampai sana..
So, di kaki gunung ni ad la kedai2 skit juz utk anda merehatkn diri sebelum naik ke atas gunung.. Actually, aku x perlu mendaki pn untk naik ke atas.. sbb orang naik guna kereta saje. kt atas tu plak nnt ad resort.. aku naik hari tu pn time dh malam sbb bergerak lmbt ke sana.. lps maghrib baru drive naik atas. Jalan die mmg mencabar la. selekoh nyer adalah sgt tajam yg ak rasa pusing selekoh 360 degree. dan ada dalam 6 tempat selekoh mcm tu.. hahaha. giler mencabar kn?? jalan die pn mmg halus sajor.. agak cuak jugak la time panjat tu.. dah la tmpt tu curam.. jalan halus.. nampak je sayup tebing jalan tu ha.. huhuhu.. Perjalanan naik tu dalam 7km gak la.. mean, dalam 15 minit gak la baru sampai atas.
Sampai kt atas tu, mmg cantik la tempat nyer.. hialng terus rasa cuak tu sume.. lupa terus segala cabaran utk mendaki tu.. hahaha.. resort kt atas ni agak mahal la.. ak g sana juz utk bermalam selama satu malam sajor.. dan charge nyer adalah RM250 utk sebilik.. dan ak kene tu yg class exec.. harga asal RM350 kot.. tp die kata ada promotion time ak dtg tu.. xtau plak ak promotion sempena apa.. yg pasti , bilik ak tu selesa gak la..kalu sumbat 5 orang pn masih selesa lagi utk tido. bilik ai die pn besar gak.. siap ad tab bersaiz kolah utk ak wat tmpt berendam air panas..
Sejuk giler.. ak xtau la berapa temperature time ak g tu.. tp mmg sejuk.. x perlu pasang air-cond pn.. nyamuk pn x aktif kt sana.. hahaha.. ak kuar bilik, siap blh nampak la awan bergerak bermain2 sejengkal dr kepala ak.. bile angin tiup, awan tu bergerak pantas melalui cahaya bulan purnama atas kepala ak.. wah, cntik nyer.. masih terbayang gmbaran ituew..
Esok nyer.. ak kene check out dalam pkul 12tgh hari.. so, pagi tu jalan2 kt atas tu jap la.. xde la besor sgt tmpt kt resort atas ni.. tp lenguh gak la jalan2 yer..
Nice.. kalu waktu kecik2 dulu, ak nk lukis gmbr pemandangan, ak selalu bygkn laut, sawah padi yg petak2 tu, then, ad gunung dan matahari pn menyelit celah2 gunung tu.. tp susah giler nk jmp pemandangn mcm tu..
Namun, ia ad di gunung Jerai.. dari atas tu, ak nmpk ad sawah padi kt kaki gunung.. juz like what i picture once upon a time ago.. then, jarak sikit, nmpk plak laut yg terbentang luas.. wah.. cantik.. then siap dgn ad kabus lg yg bermain2.. sejuk.. kawasan tu pn masih hijau.. byk lagi flora yg masih dikekal kn.. resort kt situ pn agak limited.. mmg die menjaga keidahan alam la tmpt tu even sgt cantik utk ditatap..
dan kt atas tu ad surau.. besar..
Selain drp aktiviti cuci mata, ad jgk pakej lain yg resort tu offer.. sprt jungle trecking, kayak ( ntah kt mane sbb ak x nmpk plak tasik kt atas tu), berbasikal dan makan.. tp kt atas tu xde kedai souvenir.. tett..
So, kt bawah ni antara gmbr yg sempat ak snap kt atas tu..
Ni resort yg ak stay. Executive nyer..
Ni plak pemandangan dr bilik ak tu.. nmpk sawah padi kt blkg tu..
time jalan2 kt atas tu.. camera hp, kureng skit.. ad la sawah bendang kt blkg tu..
Ad org wat aktivti joging di pagi hari.. wah , cahaya pagi yg mcm lazuardi.
dari side ni, nmpk laut plak.. dekat je sume ni..
So, tempat ni mmg interesting utk g.. escpecially bg yg stress sgt dgn keje tu.. amek cuti dalam 2hari pn dh cukup dh.. juz g dan relax.. tgk keindahan alam ciptaan-Nya. lupakan sebentar hiruk pikuk kota dan kerja.. hahaha.. aku mmg suggest utk g sini.. Actually, kalu g awal, blh tgk matahari terbenam since gunung nipn kt pantai barat.. tp scene tu ak terlepas plak.. myb kalu korang g, blh try la nk tgk..
Sekian,
-Emancipation-
No comments:
Post a Comment