Saturday, January 29, 2011

Artikel Pilihan- Perjuangan Chechnya

Salam dan Salam Sejahtera..

Juz rase nk kongsi satu artikel yg menarik utk pemahaman kite ttg sejarah dunia yg mgkn kite pn dh lupa.. otak kite ni bile lame x masuk bnde2 berilmu ni, karang karat plak.. kene pg clean skit.. gune ape nk clean?? ak pn x ingt dh bnde sesuai utk cuci karat kt dalam lab tu..

Lagipun, ok jgak ak copy paste je drp x update lgsg blog ni lame2..

BTW, di bawah ini adalah artikel tersebut..


.................................................................................................................................................................


Perjuangan membebaskan Chechnya




IA bukanlah kejadian pengeboman berani mati pertama di Rusia. Serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov, Moscow minggu lalu sehingga mengorbankan 35 orang awam dan mencederakan ramai yang lain hakikatnya adalah satu lagi siri pengeboman dalam sejarah Rusia yang tidak pernah lari dengan isu hak kebebasan dengan militan Chechen itu.

Walaupun ia didakwa dilakukan oleh kumpulan militan dari wilayah Caucasus Utara yang dikerah untuk mengebom ibu negara berkenaan, pihak berkuasa kini turut memburu tiga suspek dari Chechnya yang dipercayai menyediakan pengebom berani mati.

Rusia telah berdepan dengan ancaman kumpulan militan dengan beberapa siri serangan dan pengeboman yang berlaku sejak jatuhnya Kesatuan Soviet.

Kejatuhan Soviet membangkitkan sekelompok pemberontak Chechnya yang menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah.

Mereka mengumumkan parlimen baru dan mengisytiharkan kemerdekaan mereka sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara.

Pengisytiharan tersebut menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua-dua belah-belah pihak di antara Chechnya yang merupakan sebuah wilayah di bawah Rusia. Chechnya merupakan wilayah paling ramai warga Islam di Rusia.

Dalam kejadian minggu lalu itu, Presiden Rusia, Dmitry Medvedev mengarahkan kerajaannya menyiasat punca serangan bom di Lapangan Terbang Domodedov termasuk meneliti sama ada ia berpunca daripada kegagalan pihak keselamatan pengangkutan melakukan tugas mereka.

Beliau berkata, pejabat peguam negara dan jawatankuasa penyiasatan Rusia perlu menyiasat pihak bertanggungjawab yang membenarkan pengebom berani mati terlibat berada di kawasan lapangan terbang tanpa dikesan.

"Kita perlu lakukan segala yang mungkin supaya pihak yang mendalangi serangan dikenal pasti, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka perlu dihapuskan," katanya dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen sambil menggesa semakan kesemua rekod penerbangan.


PENINDASAN hak warga Islam di Chechnya dikatakan menjadi faktor kebangkitan pejuang-pejuang Chechen.


Perdana Menteri, Vladimir Putin pula berjanji pengebom yang menyebabkan 35 orang terkorban di lapangan terbang paling sibuk di Rusia itu akan menerima hukuman setimpal.

Kronologi pengeboman Rusia

Tahun 1999 mencatat sejarah hitam buat Rusia apabila pengeboman bersiri dekat apartmen di Buinaksk, Dagestan membunuh 61 orang. Pengeboman tiga buah apartmen lain di Moscow pula membunuh 215 orang dan sembilan yang lain tercedera pada bulan September.

Walaupun pada 2 September, komander militan Ibn Al-Khattab mengumumkan mujahidin Dagestan akan melakukan siri serangan ke beberapa tempat di Rusia, dia menegaskan tidak bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Ekoran kejadian itu, Rusia telah melancarkan Perang Chechen Kedua.

Tahun 1999 turut menyaksikan beberapa siri pengeboman lain antaranya letupan di sebuah pasar di Vlasdikavkaz membunuh 64 orang yang berlaku pada bulan Mac.

Tahun 2002 pula, kira-kira 800 penonton dan para pelakon muzikal Nord Ost dijadikan tebusan. Seramai 129 orang dibunuh selepas polis menyerbu bangunan teater di Moscow pada bulan Oktober.

Kejadian itu juga didakwa dilakukan militan Chechnya yang diketuai oleh Movsar Barayev. Mereka menahan tebusan dan mahukan tentera Rusia berundur dari Chechnya dan menamatkan Perang Chechnya Kedua.

Barayev membuat satu kenyataan kepada media dengan mengatakan mereka sanggup mati di atas tindakan mereka itu. Kenyataan yang diperoleh pihak media antaranya menyebut bahawa Rusia mengambil hak orang Chechnya dan mereka mahu menuntut semula hak itu.

"Allah telah memberikan kami hak kebebasan dan hak menentukan haluan hidup kami. Rusia telah membanjiri tanah kami dengan darah anak-anak kami.

"Penduduk dunia tidak mempedulikan orang yang tidak bersalah yang mati di Chechnya, para sheikh, wanita, kanak-kanak dan golongan yang lemah," kata Barayev.

Menurutnya lagi, mereka memilih untuk mati dengan berperang demi kemerdekaan Chechnya dengan membawa bersama ratusan nyawa manusia berdosa Rusia.

"Sekiranya kami mati, akan ada ramai lagi yang akan mengikut langkah kami yang sanggup mengorbankan nyawa mereka di jalan Allah. Para pejuang kami telah mati tetapi orang mengatakan para pejuang ini sebagai pengganas dan penjenayah.


SEBUAH masjid di Grozny bermandi limpahan cahaya bunga api sempena sambutan Maulidurrasul.


"Hakikatnya Rusia adalah penjenayah sebenar," katanya.

Sasar stesen Metro

Pada tahun 2004, stesen kereta api Metro di Moscow menyaksikan satu letupan yang membunuh 40 orang awam. Putin menuduh militan Chechen di atas kejadian itu, tetapi ketua pemberontak Chechen mengaku tidak terbabit.

Tetapi, kumpulan pengganas Chechen yang tidak dikenali mengaku bertanggungjawab ke atas letupan itu. Mereka memanggil diri mereka sebagai Gazoton Murdash dan diarahkan oleh Lom-Ali.

Menurut kenyataan itu, kumpulan tersebut melancarkan serangan sebagai simbol ulang tahun keempat pembunuhan orang awam Chechen oleh askar Rusia di Grozny dalam pembunuhan beramai-ramai.

Bulan November tahun 2009 menyaksikan satu lagi pengeboman di dalam sebuah tren ekspres yang bergerak antara stesen Moscow dan St. Petersburg membunuh 27 orang dan lebih 100 yang lain cedera.

Kejadian membabitkan stesen kereta api Moscow berlaku lagi Mac tahun lalu membabitkan pengebom berani mati wanita pada waktu puncak di stesen tren yang padat di Moscow. Kejadian itu membunuh sekurang-kurangnya 39 orang dan mencederakan ramai penumpang lain.

Pada bulan Oktober pula, seramai empat orang militan Chechen menyerbu bangunan Parlimen Chechnya. Mereka menahan tebusan, menembak mati dua orang polis dan seorang orang awam sebelum empat pejuang tersebut dibunuh oleh anggota-anggota pihak berkuasa.

Peristiwa itu memberi tamparan hebat kepada Rusia yang sebelum ini mendakwa Chechnya sudah kembali stabil selepas kejatuhan Soviet Union.

Konflik tanpa kesudahan

Penindasan agama yang dialami rakyat Chechnya, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, eksploitasi dan kesengsaraan hidup menjadi punca serangan militan. Dan yang pasti ia tidak akan berakhir selagi kerajaan Rusia tidak bertolak ansur terhadap hak yang dituntut mereka.


PEMBUNUHAN Aslan pada tahun 2005 membangkitkan lagi kemarahan penduduk Chechnya.


Demikian pendapat pensyarah politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff.

Katanya kesengsaraan Chechen telah dipadamkan dalam laporan media-media Barat yang menggambarkan mereka sebagai pengganas semata-mata.

"Media Barat sentiasa melaporkan serangan-serangan yang dilakukan militan Chechen tetapi punca serangan itu tidak pernah dilaporkan secara telus dan tidak pernah dibincangkan.

"Oleh itu, selagi mereka tidak memperoleh keadilan yang dituntut, peperangan ini tidak akan menemui penghujungnya," katanya yang menganggap dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang tidak adil menjadi punca meletusnya peperangan agama dunia.

Menurut beliau, amalan double-standard yang diamalkan oleh kuasa dunia menyebabkan kebangkitan kumpulan militan daripada satu generasi ke satu generasi lain.

"Kerajaan Rusia mungkin telah membunuh ketua militan Chechen, tetapi ia hanya membangkitkan semangat pejuangnya yang lain. Konflik ini ini tidak akan berakhir kerana pemikiran mereka diwariskan kepada setiap generasi.

"Saya percaya serangan-serangan yang dilakukan bukanlah bertujuan untuk membunuh orang awam sewenang-wenangnya tetapi mereka mahu membuktikan bahawa mereka juga mampu bangkit demi menuntut hak mereka serta keadilan sebagai orang Islam di bumi Rusia," katanya.

Sumber:- Perjuangan Membebaskan Chechnya, Ruangan Rencana, KOSMO, 28 Januari 2011.


Friday, January 21, 2011

Memori 2010 : Episode 2



Salam dan Salam Sejahtera.


Diharap anda semua berada dlm keadaan sihat hendak nyer.. seperti yg dijanjikn, ak kene la update blog ni sbb story yg lps ad sambungan nyer lg.. mean, sambungan utk entry- memori 2010.. lmbt kang, dh sejuk plak story nyer... xdde dh HOT value nyer...

tahun 2010 juga turut diwarnai dgn pelbagai kes Nasional.. antara mmg colourful betul la.. antara nyer sprt pembentukan Majlis Perundingan Melayu yg ditubuhkn pada 27Feb iaitu melibatkn 76 pertubuhan bukan kerjn Melayu perongkat negeri dan dan kebangsaan.. demi perpaduan ni.. pada 28 Mac plak, krjn umum peruntukan RM72B setahun..(??????) bykkn nilai ni. then, harga minyak pn naik la beberapa kali.. hahaaha.. give-and-take situation.. Dalam pada itu, 15 Julai menjadi tarikh pilihan perlaksanaan Program Rasionalisasi Subsidi secara berperingkat.. Wah, very the rasional.. ops, xlh lbh2 sgt...
Then pada 27 April plak, koc wanita diperkenalkn oleh KTM.. kategori 'mak' xde plak koc nyer.. bleh masuk both kot..diorg ni kekal mendapat perhatian gak.. pada 2 Ogos plak, 2 org Hakim Syarie wanita pertama memulakn tugas secara rasmi di putrajaya dan KL.. dh ad pn Hakim wanita skrg ni.. wanita makin maju nmpk nyer...tp korg xtau la ad harapan ke x.. haha..
Lg satu kes yg menarik iala mengenai iklan Hari Raya oleh TV3 yg mempunyai unsur blh memesongkn akidah.. korg pn dh tgk iklan ni mcm mane kn.. kt internet pn byk..maka, pada 5Sept, TV3 pn mntk maaf la.. ha, lg satu, kes, eh, bukan kes, juz majlis perkahwinan Dr Sheikh Muzaphar Syukor, angkasawan negara pada 10 Okt lalu.. wah, ramai la gadis2 yg kempunan.. dh jodoh diorg, terima je la..

Warna2 hitam turut terpalit dalm sejarah 2010.. antara yg plg menyentuh hati pada 10.10.10 di mane kemalangan very the ngeri berlaku di KM223 highway PLUS dekat tol simpang Ampat.. juga kes pada 20Dis di Cameron Highland.. both really ngeri..ramai nyawa yg terkorban.. dalm kes kemalangan, kisah turut disertai oleh kes kejam plak.. Sprt kes Pembunuhan Sosilawati, pembunuhan 4 sekeluarga termasuk imam di Gemencheh, Safia Humairah di Ulu Yam lame oleh mama's bf, Pengawal keselamatan Istana kelantan, Kematian Bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Nor pda 3 Ogos dan pembunuhan seorg ustazah dan anak nyer di Port Dickson.

Sedihkn dgn kes2 yg berlaku dlm sejarah 2010... namun dalam itu, ad jugak kisah signifikan dlm 2010.. pada kita la.. kali ni back to conteks sbg BKBianz yerk..
For sure, yg obviousnyer adalh mengenai transition hidup kite dr zaman student kepada bukan student..

tahun 2010 dimulakn dgn identiti sbg seorg student di sem2 Tahun 4.. org kate ni la senior year kalu dlm cerita High School Musical.. siap dgn prom night yg hanya utk senior je.. tp kite ni xde la wat jadah2 tu sume.. memadai la dgn g kelas dan lepak2 kt cafe KK1 tu.. tu pn wat keje la.. final sem tu mmg xde kelas byk sgt.. kite pn ramai yg dpt hostel kt KK1 dan KK3.. maka, dekat je sumenyer.. juz ad beberapa makhluk je tercampak ke tmpt jauh tu ha.. kelas dikurangkn sbb nk bg chance kite wat PSM, bukan nyer enjoy, sbb mmg kite xde masa pn nk kuar time tu kn.. bz kot.. bile kelas x byk ni,maka, kurang la chance utk ak berfesyen ke kelas.. hahahaha.. tibe je..

Macam ak cakap la, kalu kt US, ad prom night.. tp kite x wat.. maksiat tu... tp kite ad mcm2 dinner yg kite g... ad dinner BKB, ad annual dinner chest, dinner CNY( kredit to Ooi sbb dpt gak ak merasa makann Cina tanpa was2..) tu je kot.. dan mmg chance ni digunakn sbaik mgkn la utk melaram setiap kite.. i Like.. time final sem ni, byk la ak terbca status kt FB kate x sabar nk abes zaman student ni ha.. then, skrg ni ha, sume pakat rindu2 nk jd student balik.. siap ad yg kembali jd student Master.. gigih sgt... whatever la.. ad gak ejen ktrg kt UMP tu ha skrg ni.. blh la tau psal gosip kt sane.. hahahaah..

kemudian kite proceed ke era Latihan Industri.. siap dgn kontroversi dan kekalutan mencari tmpt LI ni ha.. x kurang jugak dgn yg sengal memandang elaun yg diberi nyer.. maklumla, karang nk kene duk kt rumah sewa plak lg, byk bajet nk gune tu.. tp plg tggi pn, brape sgt la blh dpt nyer.. RM500 je kot..
Atas usaha pihak fakulti yg gigih, akhirnyer, dpt la kite sume dibenarkn konvo pada tahun lepas jgak.. iaitu pada 8-OCtober.. dgn perjanjian utk akan habiskn jugak LI kecuali dgn kebenaran pihak company LI utk berambus dr sane.. kalu dh name konvo tu, mmg syok la kn.. x terkate la syok nyer walopn juz beberapa minit je naik pentas tu.. rame gak yg gigih cari baju baru utk nyer even, kang pakai jubah dan sorok gak sume merchandise meletop korang tu.. nasib baik la fakulti kite ni naik pentas antara yg terawal.. tp kekal bersama kontroversi jgak sbb kene tukar2 tarikh.. kejap kene sesi pagi, kejap kene sesi ptg.. ngamuk la kawan2 kite yg dh tempah hotel la segala bagai ni ha.. nk konvo katekn, berhabis jugak la.. sampai dgn morterboard skali abes hilang.. hahahahahah..
mane la org x ngamuk nyer, lg seminggu nk konvo, blh plak x tatu lagi status sesi nyer.. kalut la hantar surat pos laju ke rumah ha.. nsib baik diorg call gak. so, senang la ak tau.. terkilan la gak sbb x dpt terima degree ak dr Tengku Mahkota pahang.. tp layan je la...

then bile dh abes konvo tu, ad plak masalah lain nyer.. gambar plak x sampai2.. gigih la diorg ni beli yg mahal utk kenangan.. tgk, gmbr org lain.. lg choi , x sampai2 pn. duit dh bayar ni.. tp hati disejukkn la skit bile tgk Degree Original ak ad dlm tgn ak.. heheh.. ak ingt kene hold dulu smpai abes LI, tp murah hati plak pihak UMP bg ak dpt dulu.. I like..

Seterusnyer, berakhir la zaman student kite.. bye2 student age.. mcm la kalu kt status FB, ad je idea utk menterjemahkn keseronokkn tgglkn zaman student.. tp skrg tgk, mcm best plak je jd student balik.. Kisah menamatkn LI dgn pelbagai cabaran utk akhirkn bnde tu, mmg ad, mcm2 kisah kite yg rase nyer, lbh ramai suke utk simpan dan terus simpan..

Habis LI, mean we free!!!!!!!!!

Mula la sume mencari kerje dan memulakn karier masing2.. sume tu depend on rezeki dr Allah.. kite berdoa dan berusaha..

Transition dr zaman student ke zaman bekerja ni sgt bermkne.. dlm hidup kite.. ak x ingt sape yg shout, tp lbh kurang mcm ni la- setelah 18 tahun belajar, akhirnyer tamat jua zaman student.. got to learn with other kind of way.. Ak rase pn, yg plg meninggalkn kesah dlm kisah 2010 ak pn, adalah pengakhiran zaman student ak.. transition dr segi emosional dan komtmen, eagerness utk mengejar matlamat, planning masa depan.. segala bagai la.. it kind of push me a lot to think every day for transition..

Maybe huraian akan ak buat dlm entry la plak.. KIV dulu yerk..

Thank you.. See you all next time..

-Emancipation-

Sunday, January 9, 2011

Memori 2010: Episode 1



Salam dan Salam Sejahtera..




Selamat Tahun Baru 2011..


X terlambat lg kot untk ak ucapkn nyer.. still dlm bulan Januari lagi ni ... Diharap anda semua sihat walafiat la hendaknyer.. Maka dengan bermula nyer tahun baru ni, seperti biasa, maka akan ad jgak la azam baru... macam2 la.. comfirm ad nyer la.. loser je yg xde azam ni ha.. tp timbul persoalan pertama, azam tahun lepas dh tercapai ke?? atau dijadikn sbg azam utk tahun ni plak.. kira mcm penjenamaan semula azam tahun lepas.. sengal betul la.. azam pn blh rebrand... ingt model ekonomi ke nk wat cmtu.. tp asalkn ad azam pn ok la kn..azam nk cukupkn puasa tahun ni pn blh gak.. mean ad la matlamat yg kite kejar dlm tahun 2011 ni.. panjang lagi tahun ni...


So, antara yg menarik utk kite singkap dan ungkap semua kisah2 2010 yg kite lalui tahun lepas adalah sprt berikut.. sebelum kite masuk ke memory lane BKB, jom kite usha kes malaysia ni ha..


Kite mulakn dgn isu sukan la eh.. Antara yg menarik adalah kemunculan sulung pasaukan F1 milik Malaysia iaitu Lotus Racing di Sepang pada April lepas.. wah, x sampai sethun lgi rupenyer.. dan pada 9 Dis plak, Proton menerusi Group Lotus Plc mengumumkn pembelian pegangan utama dlm pasukan RenaultF1 yg akan diberi name Lotus Renault GP pd 2011.. wah, meriah Malaysia dlm penyertaan sukan yg mahal2 ni ha.. byk betul duit nyer kn.. byk krete2 vogue mcm time motorshow kt PWTC hari tu la.. kaya2..

Dalam sukan lain pn ad gak kejayaan nyer.. seperti kejayaan Azizulhasni Awang dalm basikal.. kt Copenhagen pada Mac dpt perak je, kt Olimpik, nyaris nk dpt emas.. begitu juga dgn Nicol David yg merangkul kejuaraan dunia wat kali ke5 yg menyamai rekod idolanyer,Sarah Fitz-Gerald dr Australia.

Dalam bOla Sepak plak,mmg cemerlang la.. dgn dimulakn kejayaan Pasukan Selangor menang Liga Super pada Julai dgn mengenepikn Kelantan sbg Pencabar terdekat.. Then,Kelantan pn xnk ngalah, diorg pn berjaya gondol Piala Malaysia buat 1st time lepas kalahkn Negeri Sembilan.. Lebih Manis lagi warna warni bola sepak Malaysia bile kejayaan Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF pada 29 Dis sbg penutup tirai kisah bola 2010 dgn menewaskn Indonesia dgn Agregat 4-2. Meletop U ols.. I like.. siap dtp cuti umum lgi tu. x sia2 korg masuk stadium kt Indonesia tu naik krete kebal..

Di peringkat dunia pn, meriah juga dgn temasya sukan nyer.. Seperti World Cup Afrika Selatan, di mana Spain berjaya jd Juara selpas kalahkn Belanda.. mmg seronok time world cup ni.. siap diselitkn dgn kisah Paul yg hebat meramal dan nk kene ugut makan tu.. akhirnyer mati gak makhluk ni.. hahaha.. X lupa juga dgn pengumuman untuk jadi tuan rumah ni.. Pada 28 Mei, France diumumkn jd penganjur utk Euro 2016 dan utk World Cup plak FIFA umumkn Rusia sbg tuan rumah 2018 dan Qatar 2022. jauh betul pemikiran diorg ni yerk.. 10 thun lg tu .. sempat la wat stadium byk2.. bg support kemriahan temasya..


Kemudian ayuh kite usha plak kes dalm negara.. nk g tgk kes hiburan la kot.. hahahaha.. tp kalu kes gosip mmg byk giler la.. gelak2 je plak kang kalu kite tgk gosip diorg ni.. Antaranyer kontroversi dlm Festival Filem Malaysia 23.. kemenangan yg dpersoalkn la.. korg pn tau sape kn.. x payah cakap la kot.. kalu kes kawen, ramai gak la- ummie aida kwen dgn Datuk K yg lain, Zizan Nin, Raja Farah, Elyana dan Jimmy Shanley.. sume pakat kawen, teringt plak kawan2 ak yg akan kawen gak nnt.. ahaks...

ad artis kawen, ad gak artis cerai nyer.. seperti Aleeza Kassim, Maya karin, Aida Khalida dan Sein- xpasal2 dikaitkn dgn badi Sehati Berdansa..dunia hiburan tanah air juga diletopkn dgn tangkapan Benjy dan Saiful Apek kerana isu dadah.. Begitu juga dgn statement berani mati dr beberapa pihak sprt Fasha Sandh yg ngaku ad fair dgn Ex Nora Danish..

Yg menarik perhatian ak gak, bile makin ramai artis yg makin berani dlm berfesyen.. Alasan, itu la diri mereka sendiri.. Inspirasi dr Lady Gaga gamak nyer... padahal Gaga tu pn dh teruk kene maki sbb kes Video Alejandro die tu.. Artis Malaysia skrg ni, bukan main lg dlm men'colour' rambut.. x sedar umur gak masalah nyer.. yg agak daring nyer, bile Nita Malaysian Idol tampil dlm satu majlis pakai baju berkemban sama warna dgn kulit. waow!! mmg berani mati la pompuan ni..nasib baik x menang..xnk ak ber'idol'kn org macam tu.. cuba la wat mcm si Ana rafali tu ha, pakai baju kebaya je ha.. or Yuna, fesyen bertudung, dpt gak je masuk AJL25 malam ni.. xpayah pkai pelik2 nyer ha..

X lupa juga kes peterporn.. kecewa la sume peminat ariel tu ha..

Dalam kes daring2 ni, ad gak anjakan Paradigm dalm industri Penyiaran Malaysia.. Antara nyer, rancangan Imam Muda yg dimenangi Asyraff. Mencetus fenomena gak la rancangan ni. kan bagus kalu glamer dgn bnde macam ni ha..tp syg nyer bile rancangn tu bertembung dgn Akademi Al-Quran.. Aku keliru nk pilih yg mane.. kemunculan TV Al-Hijrah pn memeriah kn lgi dunia dakwah tanah air.. tp ak riso, kang ad je lagi yg rancangan dakwah bertembung.. nnt Rating lbh menjadi keutamaan plak berbanding dakwah nyer..


Eh ak rase, dh byk sgt la plak yg ak tulis kt sini. x masuk lagi kes kite kt UMP dulu.. xpe la.. nnt ak sambung lagi eh.. tggu kn bhgn ke2 utk entry Kali ni..


Sekian..


-Emancipation-